Isnin, 28 Januari 2013

X-TRA LUBE OIL



Lube-Xtra merupakan pelincir istimewa yang dirumus untuk membantu mengurangkan geseran dan kehausan pelbagai jenis enjin. Pelincir yang berprestasi tinggi ini memberikan perlindungan berpanjangan yang membantu memanjangkan hayat enjin bukan sahaja enjin petrol dan diesel malahan enjin yang dilengkapi turbo juga.

Lube-Xtra tidak bertujuan merawat minyak enjin sebaliknya merupakan pelincir dengan campuran istimewa yang melindungi permukaan dalaman enjin dan seterusnya dapat mengurangkan geseran dan haba. Apabila geseran dapat dikurangkan, kuasa dan prestasi enjin dapat ditingkatkan selain membantu menjimatkan minyak untuk jangka masa panjang. Ia sesuai untuk semua jenis mineral dan minyak enjin sintetik. Ia turut membantu mengatasi masalah enjin yang beroperasi pada suhu yang sangat tinggi.

Lube Extra Metal Treatment merupakan adaptasi kepakaran Jerman yang di rumus untuk membantu mengurangkan geseran dan kehausan serta memberi perlindungan berpanjangan kepada pelbagai jenis enjin kenderaan. 

Kelebihan Lube-Xtra metal treatment :

1) Memberikan perlindungan hebat daripada geseran dan haba

2) Membantu enjin agar mudah di hidupkan

3) Melindungi bahagian-bahagian enjin dan mengurangkan kehausan pada bahagian enjin

4) Membantu mengurangkan asap ekzos dan bunyi bising enjin

5) Membantu menjimatkan minyak Petrol

6) Meningkatkan kuasa dan prestasi

7) Membantu enjin berjalan lancar dan mengurangkan kepanasan enjin untuk tempoh lebih lama.


Sesuai untuk:-

- Kereta
- Motosikal
- Traktor
- Penjana
- Kenderaan berat seperti lori, van dan sebagainya.


Arahan penggunaan :-

Pastikan anda mematuhi tempoh masa pertukaran minyak enjin seperti dicadangkan oleh pengeluar kenderaan anda. Campurkan sebotol Lube-Xtra (300 ml) bagi setiap 4-6 liter minyak enjin. Dalam keadaan biasa, Lube-Xtra hendaklah ditukar bagi setiap jarak 15000 km.